Keluarga cari warga emas hilang hampir seminggu

Keluarga cari warga emas hilang hampir seminggu

NORLIZA Abu Hasan (kiri) dan Salmiah menunjukkan gambar Abu Zahrin yang hilang sejak seminggu lalu ketika ditemui pemberita di Kampung Gunung Pasir, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, hari ini. - FOTO/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Keluarga seorang warga emas di Kampung Gunung Pasir di sini, sedang mencari ahli keluarga mereka itu, Abu Zahrin A. Hassan, 67, yang hilang sejak hampir seminggu lalu.

Adik warga emas berkenaan, Norliza Abu Hasan, 53, berkata, dia menyedari kehilangan abangnya itu ketika waktu makan malam 22 November lalu.

Jelasnya, setiap kali waktu makan malam, abangnya yang tinggal di rumah pusaka terletak bersebelahan akan datang ke rumahnya namun pada hari kejadian abangnya itu tidak muncul seperti biasa.

“Saya panggil abang berulang kali tetapi tidak menyahut, saya tengok ke dalam rumah tetapi abang tiada. Kami sekeluarga serta penduduk kampung sudah puas mencari namun tidak berhasil dan selepas tempoh 24 jam kehilangan, saya membuat laporan polis.

“Sebelum ini abang tak pernah hilang dari rumah, kalau penduduk nampak abang berjalan kaki dengan tongkat di sekitar kampung atau di pekan Kuala Pilah, mereka akan menghantar abang pulang. Kami semua kini bimbang dengan keadaannya,”  katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, anak sulung warga emas berkenaan, Salmiah Abu Zahrin, 44, berharap mana-mana pihak yang ternampak bapanya itu supaya dapat menghubunginya sekeluarga atau mana-mana balai polis berdekatan. 

“Kami tidak tahu pakaiannya pada hari kehilangan itu, namun ayah sentiasa membawa tongkat bersamanya,” katanya lagi.

Mana-mana pihak yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Norliza menerusi nombor telefon 013-6555548 atau Salmiah (017-3123071).

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Amran Mohd. Ghani mengesahkan kejadian berkenaan dan memaklumkan pasukan polis sedang mengesan individu hilang tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya