Kayu pelapik tiang elektrik patah ketika mangsa bermain

Kayu pelapik tiang elektrik patah ketika mangsa bermain

KAYU pelapik tiang elektrik yang patah sebelum bergolek dan menghempap tiga kanak-kanak termasuk seorang meninggal dunia dalam kejadian di Kampung Belukar, Changlun di Kubang Pasu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR: Kayu pelapik longgokan tiang elektrik dipercayai patah sebelum tiang itu bergolek menghempap tiga kanak-kanak lelaki di Kampung Belukar, Changlun di Kubang Pasu, semalam.

Ketua Polis Kubang Pasu, Superintenden Rodzi Abu Hassan berkata, siasatan awal itu hasil temubual orang awam yang berada di tempat kejadian.

“Terdapat tiga kanak-kanak yang bermain di atas longgokan tiang elektrik tersebut. Apabila sebatang kayu yang digunakan untuk melapik tiang tersebut patah, longgokan itu bergolek dan terus menghempap mereka.

“Semua mangsa yang berusia 13, 11 dan 10 tahun dikeluarkan oleh orang awam dengan bantuan jentera untuk mengangkat tiang elektrik. 

“Mangsa yang berusia 10 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi cedera parah dan seorang patah paha,” katanya di sini hari ini.

Tambah beliau, mangsa yang cedera dibawa oleh pihak Bomba Bukit Kayu Hitam ke Hospital Jitra manakala si mati dibawa ke Forensik Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk bedah siasat.

“Siasatan awal pada badan si mati menunjukkan tiada kesan jenayah berlaku kecuali kecederaan parah pada bahagian kepala serta muka akibat dihempap tiang itu.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu meragut nyawa Muhammad Aqil Wafiq Ruslizan serta mengakibatkan dua rakannya cedera parah pada bahagian kaki dan badan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya