Kawasan di sekitar Selangor dinaiki air

Kawasan di sekitar Selangor dinaiki air

ANGGOTA Bomba Selangor membawa keluar seorang daripada mangsa yang terperangkap selepas kawasan rumahnya dinaiki air di Taman Sri Andalas, Klang awal pagi tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan lebat di beberapa lokasi di sekitar Selangor sejak malam tadi mengakibatkan beberapa kawasan dinaiki air.

Antaranya, Jalan Kampung Landasan Bukit Kuda dan Taman Sentosa, Klang; Kampung Sri Aman dan Putra Height Harmoni 1, Puchong; Taman Chi Liung, Teluk Pulai dan Taman Maznah di kawasan Kota Raja.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, selain itu, Taman Pasir Mas, Jalan Seroja, Jalan Reko dan Taman Teknologi Kajang, Kajang; Bukit Lanchang, Taman Sri Muda dan Jalan Kebun, Shah Alam serta Kampung Sungai Pening dan Sungai Lalang, Semenyih turut dikesan dinaiki air. 

Ujarnya, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor menerima beberapa panggilan banjir dan bermula pukul 12.26 tengah malam tadi.a

“Susulan itu, seramai 130 pegawai dan anggota JBPM, dengan aset logistik membabitkan 20 bot, empat lori, 10 utiliti dan lapan jentera digerakkan ke semua lokasi banjir dan tanah runtuh.

“Kenaikan air yang paling dalam dikesan pada paras dua kaki (0.6 meter) di Jalan Landasan Kampung Bukit Kuda, Klang manakala bacaan air terendah dikesan pada paras 0.3 meter di sekitar Taman Sri Muda, Jalan Kebun dan Kampung Bukit Lanchong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, banjir di beberapa kawasan mula surut namun pihaknya masih memantau berhubung perkara itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya