‘Kata Janji SB’ manifesto KJ buat pengundi Sungai Buloh

‘Kata Janji SB’ manifesto KJ buat pengundi Sungai Buloh

KHAIRY Jamaluddin beramah mesra dengan jemaah Masjid Kota Damansara selepas menunaikan solat Jumaat, di masjid berkenaan, hari ini. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Sungai Buloh, Khairy Jamaluddin memperkenal Kata Janji SB (Sungai Buloh) sebagai manifesto beliau bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU 15). 

Manifesto Kata Janji SB itu diumumkan Khairy melalui sebuah video yang dimuat naik di laman sosial miliknya sekitar pukul 6.30 petang ini.

Bertemakan ‘Kita Jaga Sungai Buloh, Kita Jaya Malaysia’, Khairy berkata, manifesto berkenaan adalah sebuah iltizam serta janji beliau kepada pengundi-pengundi di Sungai Buloh sekiranya beliau memenangi kerusi berkenaan.

Katanya, Kata Janji SB mengandungi empat teras utama iaitu Sejahtera Sungai Buloh, Digital Sungai Buloh, Sihat Sungai Buloh serta Lestari Sungai Buloh.

“Kepada seluruh pengundi Sungai Buloh, hari ini sudah seminggu kita berkempen dalam PRU15. Sepanjang tempoh tujuh hari yang lalu saya telah memberi bayangan manifesto khas daripada saya buat seluruh pengundi di Sungai Buloh.

“Maka hari ini saya ingin memperkenal Kata Janji Sungai Buloh iaitu satu iltizam serta janji saya kepada puan-puan dan tuan-tuan sekiranya saya dipilih pada hari pengundian minggu hadapan,” katanya.

Menteri Kesihatan berkenaan memaklumkan, perincian lanjut mengenai empat teras utama Kata Janji Sungai Buloh beliau huraikan dalam video akan datang.

Katanya, beliau percaya percaya setiap isi kandungan manifesto tersebut mampu dilaksana dan dicapai di samping mengharapkan sokongan pengundi di Sungai Buloh.

“Saya bukanlah saudagar mimpi yang menjanjikan bulan dan bintang tetapi semua pengisian ini dibentuk bersandarkan kepada pengalaman saya sebagai Ahli Parlimen tiga penggal di Rembau serta pernah menerajui tiga kementerian sebelum ini.

“Saya amat mengharapkan sokongan semua pengundi Sungai Buloh (yang mana) Kata Janji Sungai Buloh ini adalah tekad dan komitmen saya kepada pengundi.

“Sekiranya diberi peluang sebagai ahli Parlimen saya akan berusaha sepenuh daya untuk saya kota janji bagi membalas kejayan para pengundi. 

“Bersama-sama kita kasi jadi tekad dan komitmen ini, bersama-sama kita jaga Sungai Buloh, kita jaya Malaysia,” katanya.

Parlimen Sungai Buloh bakal menyaksikan pertandingan tujuh penjuru melibatkan Khairy, R. Ramanan (PH), Mohd. Ghazali Md. Hamin (PN), Mohd. Akmal Mohd. Yusof (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan Nurhaslinda Basri serta Syed Abdul Razak Syed Long Alsagof masing-masing calon Bebas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya