Kabinet: Saya kena dengar semua pandangan - PM

Kabinet: Saya kena dengar semua pandangan – PM

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjangkakan pembentukan Kabinet dapat diumumkan secepat mungkin.

Katanya, beliau mengambil kira pandangan semua pihak dalam pembentukan Kabinet.

“(Namun) seperti mana saya sebut, tidak seperti mana (amalan) biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan banyak parti.

“Jadi saya sebelum buat keputusan, saya mesti mendengar semua pandangan dan kemudian masalahnya kerana jumlah  Kabinet itu dikecilkan.

“Kalau dulu dia masuk saja lah, 50, 60,70 (menteri) okay, tak cukup lagi (tambah) duta khas, tak cukup lagi (tambah) penasihat khas, (tetapi) saya tak sanggup buat begitu,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Ibu Pejabat Keadilan, di sini, hari ini.

Berhubung beberapa desakan untuk tidak menamakan individu yang dikaitkan dengan kes mahkamah, Perdana Menteri berkata, beliau mengambil kira pandangan dan saranan semua pihak.

“Tetapi seperti kita tahu dari segi undang-undang hanya setelah ada hukuman, jadi yang lain itu akan diberi pertimbangan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya