PETALING JAYA: Jumlah peratusan keluar mengundi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) mencecah 70 peratus setakat pukul 4 petang, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Angka itu bersamaan dengan kira-kira 14.8 juta daripada keseluruhan 21.17 juta pengundi yang sudah keluar mengundi di kawasan masing-masing.
Jumlah itu meningkat daripada 65 peratus yang dicatatkan pada 3 petang ini. – UTUSAN