Judi bola sepak tambah nilai sehingga RM10,000

Judi bola sepak tambah nilai sehingga RM10,000

SUSPEK (baju merah) ditahan di kediamannya dalam Op Soga IX di Tangkak.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Seorang lelaki ditahan kerana disyaki terbabit dalam aktiviti perjudian bola sepak secara dalam talian dengan menawarkan tambah nilai telefon bimbit sehingga RM10,000 bagi setiap transaksi.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, dalam serbuan pukul 10.20 malam tadi, pemuda berusia 26 tahun itu ditahan di kediamannya di sekitar daerah ini ketika sedang menjalankan perkhidmatan berkenaan.

“Suspek ditahan menerusi Op Soga IX kerana terlibat secara langsung menjalankan kegiatan judi kejohanan bola sepak sempena Piala Dunia Qatar 2022 dengan kadar tambah nilai maksimum bernilai RM10,000 bagi setiap pertaruhan.

“Dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah telefon bimbit yang digunakan bagi aktiviti perjuadian ini berserta wang tunai berjumlah RM268,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Suspek kini direman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah dan kes disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953.

Sementara itu, dalam serbuan berasingan di daerah Muar, dua lelaki berusia 34 dan 42  ditahan kerana menjalankan kegiatan sama di bandar Muar dan Parit Jawa.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, dalam serbuan pada Jumaat dan Ahad itu, polis berjaya merampas tiga telefon bimbit serta wang tunai berjumlah RM585.

Kes disiasat di bawah seksyen sama yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000 dan tidak melebihi RM200,000 dan penjara tidak lebih lima tahun, jika disabitkan kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya