JKM cari waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan tanpa dokumen diri - Utusan Malaysia

JKM cari waris kanak-kanak lelaki ditinggalkan tanpa dokumen diri

JKM SPT sedang mencari ibu kandung waris kanak-kanak lelaki ini yang ditinggalkan ibu kandungnya tanpa dokumen pengenalan diri sejak 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah Seberang Perai Tengah (SPT) sedang mengesan waris seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun yang dipercayai menjadi mangsa pengabaian oleh ibu kandungnya.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat SPT, Noor Liza Azezool berkata, kanak-kanak itu ditinggalkan ibu kandungnya tanpa dokumen pengenalan diri sejak 18 Julai 2020 di Juru dekat sini.

Katanya, ibu kandung kepada kanak-kanak terbabit yang dikenali sebagai Ella merupakan seorang warga Indonesia dan meninggalkan kanak-kanak itu tanpa sebarang pengenalan diri.

Menurut beliau, usaha menjejaki wanita itu bagaimanapun menemui jalan buntu sehingga kini.

“Buat sementara waktu, kanak-kanak ini kini dijaga oleh satu pasangan suami isteri di Bukit Mertajam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambah Noor Liza, waris atau orang ramai yang mengenali waris atau ibu kandung kanak-kanak terbabit boleh menghubungi Pelindung Kanak-Kanak daerah SPT, Noraida Mohd. Yusof di talian 04-538 2584. -UTUSAN

JKM SPT sedang mencari ibu kandung waris kanak-kanak lelaki ini yang ditinggalkan ibu kandungnya tanpa dokumen pengenalan diri sejak 18 Julai 2020 di Juru, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya