Jangan mengadakan perarakan rai kemenangan

Jangan mengadakan perarakan rai kemenangan

MOHD. ALUWI HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Polis Terengganu tidak membenarkan sebarang aktiviti perarakan di jalan-jalan awam bagi tujuan meraikan kemenangan mana-mana parti yang bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), hari ini.

Ketua Urusetia PRU15 Polis Kontinjen Terengganu,  Superintenden Mohd. Aluwi Husain berkata, larangan itu kerana perarakan tersebut boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negeri.

“Polis Kontinjen Terengganu telah bersiap sedia untuk mengawal keselamatan sepanjang hari pengundian dan proses penjumlahan undi di seluruh negeri hari ini.

“Sehubungan itu, semua lapisan masyarakat perlu mematuhi semua peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

“Jangan timbulkan sebarang bentuk provokasi yang boleh menggugat ketenteraman awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Polis Kontinjen Terengganu juga berharap proses PRU15 yang setakat ini berjalan dengan tenang dapat dikekalkan sehinggalah keputusan dan pembentukan kerajaan baharu dilaksanakan.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya