Jangan guna premis JPNIN berkempen

Jangan guna premis JPNIN berkempen

NORISON Ramli (dua dari kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima sempena Majlis Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Paroi, Seremban-UTUSAN/ NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) menasihatkan mana-mana pihak untuk tidak menggunakan premis di bawah selian jabatan berkenaan sebagai tempat berkempen sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua Pengarahnya, Datuk Norison Ramli berkata, larangan berkenaan merupakan antara senarai garis panduan sebagaimana diedarkan kepada semua kakitangan.

Menurut beliau, pihak jabatan juga diminta bekerjasama dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Majlis Keselamatan Negara (MKN), dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tujuan pemantauan.

“Kami akan memantau perjalanan PRU15 terutamanya jika berlakunya perselisihan. Kami di peringkat jabatan ada pihak mediator (orang tengah) dengan purata 50 orang di setiap negeri yang akan meredakan keadaan tersebut sekiranya berlaku.

“Kami akan terus melaksanakan program berbentuk perpaduan supaya tidak berlaku apa-apa insiden yang tidak diingini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui sempena Majlis Jalinan Muafakat Keluarga Malaysia Peringkat Negeri Sembilan Tahun 2022 di Paroi, di sini semalam.

Dalam pada itu, Norison memuji tindakan Pengerusi Rukun Tetangga (RT) yang mengeluarkan mesej sepanduk bagi mengeratkan semangat perpaduan dalam kalangan masyarakat tanpa mengira perbezaan politik.

“Ada pengerusi RT yang membuat kenyataan walaupun berapa banyak parti politik yang ada, kita tidak boleh berpecah dan mesti bersatu padu. Kita ada hak memilih sesiapa yang disukai tetapi pada masa yang sama kita eratkan silaturahim antara kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya