Jang 'tendang' keluar Sang Kenari dari Piala Malaysia

Jang ‘tendang’ keluar Sang Kenari dari Piala Malaysia

SEPAKAN penalti yang gagal disempurnakan oleh Gustavo Almeida Dos Santos pada aksi Piala Malaysia di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Seremban malam ini.-UTUSAN/MOHD SHAHJEHAN MAAMIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Negeri Sembilan FC mengenepikan Kedah Darul Aman FC untuk layak ke pusingan suku akhir Piala Malaysia.

Ia selepas aksi kedua di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini, keputusan di antara kedua-dua pasukan terikat 0-0.

Bagaimanapun, tuan rumah layak berdasarkan agregat, selepas menang aksi pertama di Stadium Darul Aman, Alor Setar sebelum ini dengan keputusan 2-1.

Skuad Jang dilihat lebih banyak menguasai perlawanan dan memperoleh beberapa peluang awal untuk mendahului terutama menerusi ketua pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak namun jaringan yang dicari tidak berhasil.

PENYERANG import Negeri Sembilan, Matheus Alves Leandro (kiri), diasak pemain Kedah , Dechi Marcel di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.-UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

Tuan rumah terus buntu di separuh masa kedua, walaupun mempunyai dua peluang terbaik iaitu menerusi satu lawan satu dengan penjaga gol lawan dan peluang sepakan penalti pada minit ke-68.

Malangnya, kedua-duanya gagal disudahkan oleh penyerang import tuan rumah, Gustavo Almeida Dos Santos.

Pasukan pelawat juga cuba mencari gol bagi mengheret perlawanan ke masa tambahan, namun begitu, Negeri Sembilan turut kental bertahan sekali gus menyaksikan perlawanan kekal dengan keputusan tanpa jaringan sehingga tamat. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya