fbpx

Jamawi bawa 12 misi bangunkan Tenom

JAMAWI Jaafar semasa berkempen di Parlimen Tenom

PETALING JAYA: Sebanyak 12 rancangan akan diusahakan calon Barisan Nasional (BN) parlimen Tenom, Jamawi Jaafar jika diberi mandat di kawasan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Jamawi berkata, dalam perancangan tersebut, beberapa infrastruktur dan kemudahan akan dinaik taraf sebagai kemudahan masyarakat di kawasan tersebut.

Antaranya ialah menaik taraf klinik kesihatan Kemabong dan Tenom dan pembinaan balai bomba mini dan Balai Polis Kemabong.

“Ia bertujuan bagi menjaga keselamatan penduduk di situ dengan sistem keselamatan yang lebih teratur,” katanya ketika dihubungi. 

Selain itu, beliau turut akan membina pusat pengumpulan hasil pertanian, begitu juga dengan jaringan internet 5G seluruh Tenom.

“Ia antara perkara yang menjadi rungutan sejak dahulu lagi oleh masyarakat di sini, jadi ia memerlukan pembaharuan secara total bagi menaik taraf rangkaian internet di sini khususnya,” katanya lagi.

Bagi menambah baik sistem pendidikan, Jamawi berkata adalah pentingnya bagi mewujudkan Institut Pengajian Tinggi (IPT) serta menubuhkan Yayasan Anak Tenom.

Koperasi Komuniti Kampung dengan kelengkapan E-Dagang turut akan ditubuhkan serta penganjuran karnival dan ekspo pertanian tahunan untuk petani dan peladang Tenom.

Ia bagi meningkatkan industri ekonomi di parlimen tersebut. – UTUSAN

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN