Isu conteng poster: Rosli dakwa Ku Nan terdesak

Isu conteng poster: Rosli dakwa Ku Nan terdesak

ROSLI RAMLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Strategi itu dilihat terdesak dan lapuk. Itu reaksi calon Pejuang P125 Putrajaya, Datuk Rosli Ramli terhadap insiden khianat bahan kempen menimpa calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Ku Nan).

Rosli menerusi ciapan di Twitter hari ini berkata, tindakan Ku Nan itu dilihat sebagai satu strategi politik lama dan lapuk.

“Strategi game (permainan politik) ini sudah lapuk. Nak tunjuk seolah-olah teraniaya. Ini membuktikan Datuk (Ku Nan) dan BN Putrajaya tengah terdesak.

“Jom kita lawan idea. Kita debat apa nak buat untuk Putrajaya. Datuk Dr. Radzi Jidin on (bersedia)?” tulisnya.

Hari ini, Ku Nan mendakwa poster dan bahan kempennya di Presint 8 dan Presint 11 dikhianati dipercayai dilakukan individu tidak bertanggungjawab.

Susulan itu, dua laporan polis diterima Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya berhubung insiden berkenaan.

Jelas Ku Nan lagi, insiden conteng poster itu tidak pernah berlaku ketika beliau bergelar wakil rakyat di Putrajaya sejak empat penggal lalu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz mengesahkan  kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana perbuatan khianat. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya