Istana Negara tumpuan media

Istana Negara tumpuan media

PETUGAS media berkumpul di pintu masuk Istana Negara.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Pelbagai agensi media mula berkampung di hadapan Pintu 1 dan 2 Istana Negara, di sini, sejak pagi tadi. 

Ia bagi menantikan ketibaan ketua parti dan ketua gabungan politik yang diminta untuk mengemukakan calon Perdana Menteri kepada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebelum pukul 2 petang ini. 

Setakat pukul 12 tengah hari ini, keadaan sedikit lengang di Pintu Utama Istana Negara berikutan kebanyakan pengamal media berkumpul di Pintu 2 bagi menantikan kehadiran pemimpin terbabit menghadap Yang di-Pertuan Agong, hari ini. 

Semalam, Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Istana Negara, Datuk Seri Ahmad Fadil Shamsuddin dilaporkan berkata, gabungan parti politik yang dipersetujui perlu mengemukakan nama seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti susulan gabungan parti politik untuk menjadi calon Perdana Menteri.

Katanya, Istana Negara sudah menerima keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pukul 1.15 tengahari, semalam. 

Menurutnya, dokumen yang dikemukakan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh jelas menyatakan bahawa tiada parti politik berjaya memperoleh majoriti mudah kerusi Parlimen untuk membentuk kerajaan baharu.

Terdahulu, media melaporkan Parlimen Malaysia boleh disifatkan kini berada dalam keadaan tergantung selepas SPR mengumumkan tiada parti memperoleh majoriti lebih 50 peratus daripada 219 kerusi dipertandingkan pada PRU-15, semalam.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh memaklumkan Pakatan Harapan (PH) memperoleh 82 kerusi, diikuti Perikatan Nasional (PN) 73 kerusi, Barisan Nasional (BN) 30, Gabungan parti Sarawak (GPS) 22, Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) enam kerusi, Parti Warisan (tiga), Bebas (dua) dan Parti Bangsa Malaysia (satu).-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.