Ismail Sabri nafi perbelanjaan RM620b tidak direkod 

Ismail Sabri nafi perbelanjaan RM620b tidak direkod 

ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan dakwaan terdapat perbelanjaan bernilai RM620 bilion yang tidak direkod oleh Perbendaharaan, Kementerian Kewangan ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan proklamasi darurat bagi mengekang penularan wabak Covid-19. 

Beliau berkata, kesemua perbelanjaan yang berkaitan telah direkodkan di dalam penyata kewangan kerajaan. 

“Berhubung komen bahawa pakej rangsangan tidak direkodkan dalam akaun kerajaan dari 2020-2022, saya ingin menegaskan bahawa dakwaan ini tidak benar dan kesemua perbelanjaan kerajaan yang berkaitan telah direkodkan dalam penyata kewangan kerajaan.

“Nilai keseluruhan lapan pakej rangsangan adalah RM530 bilion, yang mana sebahagian besar tidak melibatkan perbelanjaan kerajaan (seperti moratorium pinjaman oleh bank),” katanya dalam hantaran di  Facebook semalam.

Katanya, perbelanjaan langsung dibuat kerajaan hanya berjumlah RM110 bilion dan diluluskan secara sebulat suara di Parlimen.

Beliau turut menyertakan tangkap layar seorang individu yang membuat dakwaan berhubung perbelanjaan tersebut, dan ia menjadi punca mengapa Ismail Sabri dan Tan Sri Muhyiddin Yassin enggan pihak lain menjadi Perdana Menteri.

Sementara itu, individu tersebut yang bernama Yusoff Bachek telah membuat permohonan maaf kepada Ismail Sabri dan Muhyiddin atas dakwaan berkenaan. – UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya