Ishak sudah 'masak' dalam kerja kebajikan

Ishak sudah ‘masak’ dalam kerja kebajikan

ISHAK@MOHD. FARID SIRAJ (berdiri dua dari kanan) menghadiri Program Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Kelicap, Batu Pahat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Calon Barisan Nasional (BN) Batu Pahat, Ishak@Mohd Farid Siraj, 61, bertekad membangunkan Batu Pahat mengikut keperluan masyarakat setempat. 

Berbekalkan pengalaman selama 40 tahun dalam arena politik, anak jati Kampung Sungai Jambi ini tidak kekok membantu rakyat, sekali gus mendengar permasalahan yang diutarakan. 

Ishak yang juga suami kepada seorang guru di Sekolah Kebangsaan Rengit ini pernah berkhidmat sebagai Penghulu di Rengit, Batu Pahat dan Muar berkata, minatnya dalam aktiviti kebajikan dan membantu rakyat membuatkan dia menerima cabaran untuk menjadi calon pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Katanya, pembangunan lestari yang menjadi salah satu keperluan rakyat akan menjadi tumpuan utama beliau selain menjadikan Batu Pahat sebagai tumpuan pelabur dalam pelbagai sektor.

“Usaha itu akan membawa peluang pekerjaan yang banyak untuk masyarakat yang akan meningkatkan ekonomi rakyat dan untuk peniaga kecil, kita telah mempunyai beberapa kedai rakyat yang mula beroperasi ketika BN menjadi kerajaan, kerja naik taraf serta menambah jumlah kedai rakyat di setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Parlimen Batu Pahat.

“Perancangan untuk memperhebatkan peniaga ‘food truck’ juga dalam radar kita untuk menjadikannya sebagai peluang perniagaan kepada anak muda yang akan diolah dengan konsep yang menarik, sekali gus menjadi perhatian rakyat untuk mengunjunginya,” katanya ketika ditemui pada Program Minum Petang Bersama Penduduk Kampung Kelicap, di sini.

Ishak yang mempunyai lima orang cahaya mata berkata, antara perkara yang sering dikaitkan dengan Batu Pahat adalah ‘makanan ringan’ atau industri kecil sederhana (IKS) yang kebanyakannya menghasilkan beberapa produk seperti kerepek dan pelbagai jenis biskut.

Katanya, beliau merancang untuk mempunyai sebuah jawatankuasa khas di peringkat Parlimen Batu Pahat yang bertindak mempermudahkan proses persijilan halal bagi produk dihasilkan yang selama ini menjadi masalah kepada peniaga terlibat.

“Selain itu, bagi aktiviti dan pembangunan anak muda, saya berhasrat memperbanyakkan pembinaan dewan orang ramai untuk kegiatan orang muda seperti penyediaan lebih banyak gelanggang futsal dan sepak takraw,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya