Ibu tidak restu Nik Omar bertanding

Ibu tidak restu Nik Omar bertanding

POSTER yang menunjukkan Tuan Sabariah tidak memberi restu kepada Nik Omar bertanding PRU15 atas tiket PKR.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan Nik Omar Nik Abdul Aziz bertanding atas tiket PKR di Parlimen Pasir Salak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak mendapat restu daripada ibunya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak.

Tuan Sabariah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook Pas menegaskan, beliau tidak pernah merestui mana-mana anaknya bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecuali di atas tiket bulan.

“Al-Marhum Tuan Guru dan saya telah mendidik anak-anak kami semenjak dari kecil lagi agar kekal Istiqamah dengan perjuangan Islam bersama Pas,” katanya.

Pada PRU15 ini Nik Omar bakal berdepan tentangan dari Zairol Hizam Zakaria (Gerakan Tanah Air), Jamaludin Yahya (Perikatan Nasional) dan Khairul Azwan Harun (Barisan Nasional).

Sebelum ini ketika PRU14 lalu, Nik Omar bertanding atas tiket PKR di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan bagi kerusi Chempaka.

Calon Pas Ahmad Fathan Mahmood menang dengan majoriti 3,474 menewaskan Nik Omar (PKR) dan Mohamad Fareez Noor Amran (Barisan Nasional).

Ahmad Fathan memperoleh undian (10,549 undi),  Mohamad Fareez (7,075 undi) dan Nik Omar (2,418 undi). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya