fbpx

Hujan tak halang warga Puchong keluar mengundi

PUSAT mengundi di Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2, Puchong mula sesak sejak awal pagi.

PUCHONG: Hujan renyai sejak awal pagi tadi tidak menghalang pengundi di Parlimen Puchong untuk keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Puchong Utama 2 di sini hari ini. 

Walaupun terpaksa beratur panjang lebih 200 meter sambil berpayung di luar kawasan sekolah, proses pengundian setakat ini dilihat berjalan lancar dan cepat. 

Parlimen Puchong menyaksikan pertembungan empat penjuru di antara calon Bebas, Kuan Chee Heng, Datuk Seri Syed Ibrahim Kader (Barisan Nasional), Yeo Bee Yin (Pakatan Harapan) dan Chew Jgh Gang (Perikatan Nasional). – UTUSAN

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN