Hujan renyai-renyai iringi perarakan calon Parlimen Marang

Hujan renyai-renyai iringi perarakan calon Parlimen Marang

ABDUL Hadi Awang (dua, kiri) diiringi Ahmad Samsuri Mokhtar (kiri) tiba di pekarangan Pusat Penamaan Calon, Pejabat Daerah dan Tanah Marang, Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Calon Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang tiba di pusat penamaan calon Parlimen Marang di Pejabat Daerah dan Tanah Marang di sini pada pukul 8.48 pagi.

Presiden Pas itu tiba di pekarangan pusat penamaan calon tersebut dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV)  jenis Toyota Vellfire.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar bersama kira-kira 1,000 penyokong Pas berarak bagi mengiringi Abdul Hadi dalam hujan renyai-renyai.

Proses penamaan calon akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga 10 pagi.

Jumlah pengundi berdaftar di Parlimen Marang seramai 131,001.

Sebelum itu, calon Barisan Nasional (BN), Jasmira Othman pula tiba di pekarangan pusat penamaan calon pada pukul 8.30 pagi.

Jasmira juga diarak diiringi Ketua UMNO Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku serta lebih 300 penyokong BN.

Jasmani merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Marang.

Calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Zarawi Sulong daripada Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) pula tiba pada pukul 8.35 pagi.

Dalam pada itu, calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azhar Abdul Shukur tiba pada pukul 8.45 pagi. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya