Hajiji, Anthony Loke bincang komitmen kerjasama

Hajiji, Anthony Loke bincang komitmen kerjasama kerajaan perpaduan

HAJIJI Noor mengadakan pertemuan bersama Anthony Loke Siew Fook di sebuah hotel di ibu negara, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perbincangan antara Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook menyentuh pelbagai perkara termasuk  komitmen kerjasama dalam kerajaan perpaduan.

Pejabat Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, pertemuan itu berlangsung di sebuah hotel di ibu negara hari ini dan turut disertai Ahli Parlimen Kota Kinabalu yang juga Ahli Jawatankuasa DAP Sabah, Chan Foong Hin.

“Pelbagai perkara dibincangkan dalam pertemuan itu termasuk komitmen kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan,” kata kenyataan itu hari ini.

Yang turut hadir Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan; Ahli Parlimen Tawau, Lo Su Fui dan Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Datuk Dr Roland Chia.

Semalam, Siew Fook dan Foong Hin turut menyertai rombongan Ketua Menteri yang mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya