GRS-BN menang besar, Sabah cuti umum

GRS-BN menang besar, Sabah cuti umum

HAJIJI Noor merasmikan bangunan baharu Sekolah Menengah Advent, Tamparuli hari ini (depan-tengah) di Tuaran hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah mempertimbangkan untuk memberi cuti umum sekiranya Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, pemberian cuti umum itu sebagai tanda penghargaan kepada rakyat dan pengundi di Sabah.

“Kalau ditakdirkan kita, GRS dan BN menang besar, apa salahnya (beri cuti) sebagai penghargaan kepada rakyat kita, pengundi kita yang mahukan sebuah kerajaan yang stabil, politik yang stabil.

“Ia juga sebagai menghargai mereka yang menyokong kerajaan,” katanya ketika ditanya jika kerajaan negeri akan mengumumkan cuti menjelang PRU-15.

Beliau berkata demikian selepas majlis pecah tanah Taman Semulajadi & Hijau Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa dan perasmian bangunan baharu Sekolah Menengah Advent Tamparuli, Tuaran hari ini.

Hajiji, yang juga Pengerusi GRS itu berkata, pada masa ini Sabah masih belum membuat sebarang keputusan untuk memberikan cuti sebelum hari mengundi iaitu pada 18 November.

Menurut beliau, perkara itu harus dibincangkan dengan rakan-rakan Kabinet Sabah terlebih dahulu.

“Nanti kita fikirkan, jangan dulu kita kelam kabut umumkan (cuti),” katanya.

Setakat ini, tiga negeri telah mengumumkan akan memberi cuti pada 18 November bagi memberi ruang kepada penduduk yang berada di luar kawasan pulang ke kawasan pengundian masing-masing pada 19 November ini.

Tiga negeri yang telah mengumumkan cuti umum sempena PRU-15 adalah Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang.

Dalam pada itu, Hajiji memberi jaminan kerjasama antara GRS-BN akan diteruskan selepas PRU-15. Itu adalah kesinambungan kepada mandat rakyat. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya