Grand final MFGA di Forest City, Horizon Hill sasar 120 pemain

Grand final MFGA di Forest City, Horizon Hill sasar 120 pemain

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Grand final kejohanan golf anjuran Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) yang akan berlangsung di Johor Bahru pada 5 dan 6 Disember ini menyasarkan 120 pemain dari dalam dan luar negara.

Sehingga setakat ini, penyertaan grand final sudah mencapai 89 orang dan daripada jumlah itu seramai 20 pemain adalah peserta dari luar negara seperti Singapura, Thailand, Taiwan, Korea dan Vietnam.

ZULKIFLI MOHD. RAZALI

Presiden MFGA, Zulkifli Mohd. Razali bagaimanapun optimis pihaknya mampu mencapai sasaran 120 atau sekurang-kurangnya 100 pemain sebelum menjelang tarikh kejohanan.

Menurutnya, kejohanan grand final itu diadakan sebanyak dua pusingan di mana pusingan pertama akan berlangsung di Forest City Golf Resort dan pusingan kedua di Horizon Hills Golf and Country Club.

“Sebelum memasuki grand final, kejohanan MFGA ini sudah melalui sembilan pusingan dan ia berjalan lancar walaupun ada beberapa pusingan terhenti seketika akibat pandemik Covid-19.

“Bagaimanapun kita bersyukur kejohanan golf anjuran MFGA ini akhirnya sampai ke peringkat grand final pada awal Disember ini di Johor,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini semalam.

Zulkifli memberitahu, matlamat utama kejohanan itu diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan antara pemain-pemain industri pelancongan (travel agen), peserta tempatan dan luar negara selain mempromosikan pelancongan golf dalam negara.

“Saya berharap semua peserta akan menikmati pengalaman menarik bermain golf di Forest City Golf Resort (Legacy Course) rekaan Jack Nicklaus dan di Horizon Hills GCC hasil sentuhan Ross Watson.

“Bagi peserta industri pelancongan dari luar negara, kami mengharapkan lebih banyak usaha dan masa dapat diluangkan melalui rangkaian golf. 

“Mereka dari Thailand dan Singapura pasti mengingati Kejohanan Tiga Pihak Flying Golfers yang sudah terhenti sekian lama. Dan menjadi hasrat MFGA untuk memulakan semula kejohanan itu,” katanya.

Bagi pihak MFGA, Zulkifli merakamkan penghargaan ikhlas kepada Tourism Malaysia dan penaja-penaja yang menjayakan kejohanan itu sepanjang musim 2021/2022, termasuklah ahli jawatankuasa penganjur kejohanan.

MFGA menetapkan yuran penyertaan bagi kejohanan grand final dua pusingan ini sebanyak RM890 (twin sharing) dan RM1,090 (single). Banyak hadiah-hadiah menarik menarik pemenang.

Kepada mereka yang berminat boleh menghubungi Haji Dzul (+60 16-221 5426) atau En. Fatah (+60 13-670 6104). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.