Gelombang sokong Habibah pertahan Tanjong Karang

Gelombang sokong Habibah pertahan Tanjong Karang

HABIBAH Mohd. Yusof (tengah) bersama jentera Wanita UMNO ketika meninjau Bilik Gerakan BN di pekan Tanjong Karang, Kuala Selangor, Selangor.-UTUSAN/ ISKANDAR SHAH MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR: Gelombang sokongan akar umbi dan pengundi Tanjong Karang memberi keyakinan buat Datuk Habibah Mohd. Yusof untuk kekal memenangi kubu tradisi Barisan Nasional (BN) itu.

Datuk Habibah Mohd. Yusof mengakui beliau pada awalnya agak goyah dengan penerimaan semua pihak sebagai calon baharu parlimen itu.

“Namun, saya berpegang kepada prinsip enggan berputus asa dan terus memikul tanggungjawab untuk memperjuangkan parti, rakyat serta negara.

“Alhamdulilah, gelombang kekuatan itu hadir sepanjang tempoh berkempen dan saya berada di landasan terbaik bagi mempertahankan benteng kuat BN,” katanya ketika meninjau Bilik Gerakan BN bersama jentera parti itu di pekan Tanjong Karang di sini, hari ini.

Jelas Ketua Wanita UMNO Bahagian Tanjong Karang itu, beliau berharap semua pihak tidak terpengaruh sekiranya ada unsur hasutan atau sabotaj kerana beliau mengambil alih daripada penyandang yang juga Pengerusi BN Selangor, Tan Sri Noh Omar selepas mempertahankan kemenangan kerusi itu sejak 1995 melalui PRU9 hingga PRU14.

“Saya ingin menegaskan bahawa akar umbi parti termasuk wanita amat kukuh dan memberi semangat yang luar biasa.

“Pada hari pengundian esok, saya berharap rakyat nekad membetulkan niat dan terus mengundi BN tanpa sebarang keraguan,” ujar calon nombor lima itu dengan fokus utamanya menumpukan kepada pembangunan infrastruktur, agama, ekonomi dan pendidikan.

“Jika diberi mandat sebagai Ahli Parlimen,  saya juga mahu memfokuskan agenda wanita, pelancongan dan anak muda tempatan meliputi kesihatan, sukan, kebajikan dan pemeliharaan khazanah negara,” katanya.

Kerusi P095 yang tidak pernah tewas itu menyaksikan pertembungan lima penjuru dengan turut ditandingi Datuk Dr. Zulkapferi Hanafi (PN); Siti Rahayu Baharin (PH); Azlan Sani Zawawi atau Lando  (GTA) dan calon Bebas, Mohd. Rosni Mastol. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya