Gambar ahli Parlimen BN bersama pemimpin PH tular 

Gambar ahli Parlimen BN bersama pemimpin PH tular 

GAMBAR pertemuan pemimpin BN dan PH yang tular hari ini
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dua keping gambar memaparkan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) bersalaman dan duduk berbincang dengan pemimpin Pakatan Harapan (PH) dipercayai yang mempunyai kaitan dengan pembentukan kerajaan tular dalam media sosial.

Gambar itu dipercayai dirakam di sebuah hotel di ibu negara, hari ini, yang merupakan lokasi BN mengadakan sidang akhbar berhubung kemelut politik selepas pilihan raya umum.

GAMBAR pertemuan pemimpin BN dan PH yang tular hari ini.

Antara pemimpin yang kelihatan adalah Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Pemimpin BN pula terdiri daripada Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.