Gabung dengan BN, DAP sokong apa jua keputusan pimpinan PH - Utusan Malaysia

Gabung dengan BN, DAP sokong apa jua keputusan pimpinan PH

LIM GUAN ENG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: DAP akan menyokong apa sahaja keputusan yang dibuat pimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) berhubung gabungan bersama Barisan Nasional (BN) bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Bagaimanapun, Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak boleh memberikan komen lanjut berhubung perkara itu.

“Kita sebahagian daripada PH, jadi kalau ada gabungan, kita akan sokong.

“Saya tidak mahu cakap lebih daripada itu, ia adalah keputusan yang kita ambil bersama bukan sahaja dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) tetapi bersama kepimpinan tertinggi PH,” katanya ketika ditemui selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.

Guan Eng berkata demikian ketika ditanya mengenai kemungkinan gabungan yang dibentuk antara PH dan BN bagi membentuk Kerajaan Pusat.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berakhir dengan situasi tergantung apabila tiada parti mendapat majoriti mudah untuk membentuk Kerajaan Pusat baharu.

Yang di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melanjutkan proses bagi ketua parti dan gabungan politik untuk menghantar persepakatan pembentukan kerajaan dan nama calon Perdana Menteri, sehingga pukul 2 petang esok.

Sementara itu, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan enggan mendedahkan butiran lanjut mengenai mesyuarat CEC yang berlangsung semalam di Kuala Lumpur.

“Perbincangan semalam janganlah tanya,” katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Pulau Pinang, Chow Kon Yeow berkata, semua keputusan berhubung pembentukan Kerajaan Pusat adalah tertakluk kepada keputusan parti.

“Saya tidak hadir mesyuarat CEC semalam, hari ini saya di sidang DUN, jadi saya tidak ada makluman terkini untuk mengulas,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya