Enggan tubuh kerajaan perpaduan, PN keruhkan keadaan

Enggan tubuh kerajaan perpaduan, PN keruhkan keadaan

PN dan PH perlu sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara sebagai agenda utama.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Keengganan Perikatan Nasional (PN) membuka pintu rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) ternyata mengeruhkan keadaan dan seakan-akan telah menderhakai titah perintah Yang di-Pertuan Agong, kata Naib Pemuda UMNO Melaka, Dr. Muhamad Akmal Saleh.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu mendakwa, kepemimpinan PN secara jelas meletakkan agenda politik lebih tinggi daripada kepentingan rakyat sehingga sanggup membelakangkan titah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Beliau berkata, dalam apa juga keadaan, PN dan PH perlu sentiasa meletakkan kepentingan rakyat dan pembangunan negara sebagai agenda utama.

MUHAMAD AKMAL SALEH

Kata Muhamad Akmal, titah Seri Paduka terhadap penubuhan kerajaan perpaduan perlu dijunjung penuh taat setia kerana agenda yang lebih besar iaitu kepentingan rakyat perlu diutamakan.

“Sekarang bukanlah waktu untuk mempamer ego atau kekuatan politik parti masing-masing tetapi ini adalah masa menunaikan janji yang mereka berikan kepada rakyat ketika kempen tempoh hari.

“Apa juga alasannya, adalah tidak wajar untuk sesiapa menderhaka ke atas titah perintah Seri Paduka dan kedua gabungan ini perlu segera mengadakan perbincangan bagi menubuhkan kerajaan perpaduan seperti yang telah diperintahkan sebelum ini.

“PH dan juga PN tidak wajar melengahkan perbincangan ini kerana agenda pembangunan negara serta pembelaan rakyat semakin tertangguh, selagi tiada sebuah kerajaan mentadbir negara,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan, Yang di-Pertuan Agong masih belum membuat sebarang keputusan siapa yang bakal dipilih sebagai Perdana Menteri Ke-10.

Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui pemberita sejurus selepas menghadap Seri Paduka memberitahu, Al-Sultan Abdullah memberikan tempoh masa untuk gabungan parti mewujudkan kerajaan perpaduan.

Dalam pada itu, PN memutuskan untuk tidak membentuk kerajaan perpaduan dengan PH.

Pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu sudah dimuktamadkan sejak awal lagi untuk tidak bekerjasama dengan parti berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.