Enam peniaga ditempatkan di gerai baharu

Enam peniaga ditempatkan di gerai baharu

AMIRUDIN Shari (tengan) menandatangani plak penyerahan gerai majlis pada program Perasmian Penyerahan Lesen dan Permit Penjaja Sementara Bandar Baru Sungai Buloh, Selangor. UTUSAN/MOHAMAD HAFIZI MOHD SAID.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI BULOH: Penempatan semula enam peniaga di gerai baharu di Jalan 1B/2, Bandar Baru Sungai Buloh boleh dijadikan contoh untuk membantu golongan berkenaan berniaga dengan kaedah yang betul.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembinaan enam unit gerai majlis di bawah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) itu menelan kos RM321,774 dan siap dibina Januari lalu.

“Saya harap ini menjadi satu contoh bagaimana kita bantu peniaga dan penjaja meniaga dengan cara yang betul tetapi pada masa sama mereka mendapat lesen dan tidak mengganggu lalu lintas dan sebagainya.

Saya gembira dengan perkembangan ini dan semoga ia menjadi satu permulaan di mana sebelum mendirikan sesuatu gerai kita sudah ada pelan,” katanya dalam Majlis Perasmian Penyerahan Lesen dan Permit Penjaja Sementara Bandar Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Penyandang Parlimen Sungai Buloh, R. Sivarasa bersama Calon Pakatan Harapan (PH) Sungai Buloh, Datuk R. Ramanan.

Amirudin turut mengumumkan pembinaan enam lagi unit gerai baharu di Jalan 1B/7 berhampiran lokasi sama yang bakal dimulakan dalam masa terdekat.

Jelasnya, kos pembinaan enam unit gerai berkenaan dianggarkan bernilai RM600,000 dengan penambahbaikan rekabentuk daripada gerai sedia ada di Jalan 1B/2.

“Fasa dua saya ingat dalam bulan hadapan di satu blok lagi, lebih kurang enam unit lagi serta kiosk, maknanya ada unit tapi dalam masa sama ada kiosk di luar juga.

“Pelesan yang lain semua dapat meniaga dengan kemas dan tersusun dan semua jadi setempat orang boleh duduk, cuma kita perlu sesuaikan dengan keperluan sahaja,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya