Empat bookie judi Piala Dunia dicekup 

Empat bookie judi Piala Dunia dicekup 

ANTARA barang yang dirampas dalam serbuan Op Soga di sekitar kawasan Seri Alam, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Kegiatan judi bola sepak Piala Dunia terbongkar selepas empat bookie diberkas polis dalam empat serbuan Op Soga IX di sekitar daerah Seri Alam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, kesemua suspek berusia 22 hingga 57 tahun ditahan dalam serbuan sejak Selasa hingga Jumaat lalu.

“Bagi membanteras gejala pertaruhan, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam telah menjalankan Op Soga IX di sekitar kawasan daerah Seri Alam bagi membenteras sebarang perjudian dan pertaruhan yang melibatkan kejohanan Piala Dunia.

“Sejak Selasa hingga Jumaat lalu, kita telah membuat empat serbuan di kawasan Johor Jaya dan Ulu Tiram dan telah berjaya menangkap empat lelaki tempatan berumur antara 22 hingga 57 tahun yang terlibat sebagai ejen bookie pertaruhan dengan nilai had kredit keseluruhan RM 75,000,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya, dalam serbuan itu, polis merampas wang tunai berjumlah RM5,975 dan empat telefon bimbit yang mengandungi catatan disyaki pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022.

“Kesemua tangkapan direman untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 6(3) Akta Pertaruhan 1953. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.