Elly Suhairi tukar nama, simpan impian masuk politik

Elly Suhairi tukar nama, simpan impian masuk politik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pelawak terkenal Indonesia, Elly Suhairi merancang untuk menukar dan menggunakan sepenuhnya nama Elly Sugigi sebagai persediaan menyertai bidang politik.

Lapor portal Liputan6, Elly berbuat demikian untuk melonjakkan popularitinya dalam bidang tersebut.

“Orang mengenali saya dengan nama sebenar iaitu Elly Suhairi. Mungkin selepas ini, saya akan merujuk pihak berkuasa untuk menukar nama kepada Elly Sugigi.

“Tapi, saya perlu terlebih dahulu mengumpul wang untuk menampung pembiayaan proses menukar nama. Sekitar 10 juta rupiah (RM2,853) atau lebih,” katanya yang ingin mencontohi tindakan penyanyi, Mulan Jameela yang melakukan perkara sama.

Menurut pelakon filem Mekah I’m Coming itu, dia juga bercita-cita untuk menjadi Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia dan telah mendapatkan nasihat Menteri Perdagangan Indonesia, Zulkifli Hassan berkenaan perkara itu.

Katanya, Zulkifli menasihatkannya agar memasang niat untuk menjadi ahli politik yang sebenar, bukan sekadar meraih populariti dengan cerita sensasi.

“Kalau boleh, saya memang mahu menjadi Ahli Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia. Doakan sahaja.

“Harap tahun ini rezeki saya bertambah luas. Doakan saja,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.