Elak cetus provokasi hari penamaan calon esok - SPR

Elak cetus provokasi hari penamaan calon esok – SPR

IKMALRUDIN Ishak (kanan) ditemui ketika meninjau Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9, Putrajaya. - UTUSAN/MOHD HUSNI MOHD NOOR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Elak provokasi dan jaga sikap bagi memastikan proses penamaan calon di seluruh negara bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berjalan dengan lancar.

Itu nasihat diberikan Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak menjelang hari penamaan calon esok.

Ikmalrudin yang ditemui ketika meninjau Pusat Penamaan Calon (PPC) Parlimen Putrajaya di Kompleks Kejiranan Presint 9, di sini hari ini berkata, barisan penyokong yang menyertai perarakan juga perlu mematuhi arahan dikeluarkan polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, SPR juga meminta semua parti, penyokong dan pencadang supaya patuh arahan dan elak menimbulkan sebarang masalah.

“Secara amnya, persiapan proses penamaan calon di seluruh negara berjalan dengan lancar dan giat dilaksanakan petugas SPR,” katanya.

SPR menetapkan esok sebagai hari penamaan calon bagi PRU15 dan Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, manakala hari pengundian ditetapkan pada 19 November dan hari pengundian awal ialah pada 15 November ini.

Sebelum ini, Ikmalrudin dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan, semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara dilarang pada hari penamaan calon dan ia menjadi satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Dalam pada itu, kata beliau, kertas penamaan calon juga boleh diserahkan dari pukul 9 pagi sehingga 10 pagi pada hari penamaan calon kepada Pegawai Pengurus (RO) di 222 PPC yang berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.