PETALING JAYA: Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, Brian D. McFeeters mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10.
Katanya, pelantikan Anwar diharapkan dapat terus menjalin hubungan baik dengan AS.
“Tahniah kepada Anwar Ibrahim atas pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10.
“Kedutaan AS Kuala Lumpur berharap dapat terus mengukuhkan perkongsian strategik AS-Malaysia di bawah kepimpinan beliau,” katanya dalam kenyataan.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri di Istana Negara petang tadi. – UTUSAN