Dr. Mahathir berkempen PRU15 di Metaverse

Dr. Mahathir berkempen PRU15 di Metaverse

TUN DR. MAHATHIR MOHAMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya dalam sejarah kempen pilihan raya umum (PRU), Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) menggunakan pendekatan baharu iaitu menerusi platform teknologi Metaverse bagi mendekati anak-anak muda melalui kempen politik.

Metaverse didefinisikan sebagai generasi baharu internet menggabungkan dunia digital dan virtual yang kini semakin mendapat tempat dalam kalangan kalangan Gen-Z yang berumur awal 20-an. 

Pengasas Nanoverse.io, Shahabudeen Jalil berkata, Metaverse kini menjadi platform internet masa hadapan apabila beliau melihat hanya Pengerusi Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan satu-satunya pemimpin ke hadapan dalam soal pendigitalan baharu.

“Metaverse kini menjadi platform internet masa hadapan.” – Shahabudeen Jalil

Katanya, pendekatan itu secara langsung memperlihatkan negarawan tersebut amat memahami idea baharu mengenai teknologi masa depan seperti mana visi dan misi Pejuang selama ini.

Menurut beliau, Dr. Mahathir menerima cadangan pihaknya agar parti dapat menggunakan platform itu untuk berkempen dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Alhamdulillah Tun Dr. Mahathir terima baik cadangan dan sudi berkempen menggunakan Metaverse.

“Pada malam ini, satu program ucapan khas beliau untuk anak muda buat pertama kali berlangsung di platform Metaverse,” katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Katanya, program itu bermula pada pukul 9 malam di www.nanoverse.io namun orang ramai boleh memasuki ruangan platform berkenaan pada 6 petang.

“Justeru itu, orang ramai boleh melayari www.nanoverse.io untuk mendengar ucapan khas negarawan kita ini,” katanya.

Dalam pada itu, kempen di Metaverse ini, Pejuang telah menggariskan tiga strategi untuk membangunkan teknologi itu demi masa depan terbaik buat Malaysia.

Tiga teras utama adalah memupuk inovasi dan teknologi, membina bakat melalui pendidikan dan latihan serta memanfaat platform itu dalam pengurusan sektor kerajaan dan swasta. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya