Doakan Nad Zainal, beri ruang kepada keluarga- Shahrulezad

Doakan Nad Zainal, beri ruang kepada keluarga- Shahrulezad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah, Shahrulezad Mohameddin, meminta semua pihak mendoakan kesembuhan pelakon, Nad Zainal yang kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Ampang Puteri akibat jangkitan kuman dalam paru-paru.

Shahrul ketika dihubungi Utusan Malaysia memaklumkan, dia amat khuatir dengan keadaan rakannya itu, lebih-lebih lagi apabila dimaklumkan Nad terpaksa ditidurkan gara-gara jangkitan tersebut.

“Tentunya saya khuatir dan terlalu banyak persoalan yang bermain di fikiran. Disebabkan itu, saya merancang untuk pergi melawatnya di hospital walaupun saya tahu pelawat di ICU tidak boleh melebihi dua orang.

“Tidak banyak maklumat yang kita terima berkenaan keadaannya yang terkini. Saya sendiri mengharapkan maklumat yang disampaikan daripada orang yang dekat dengannya.

“Apa yang boleh kita buat sekarang adalah berdoa agar Nad diberi kesembuhan daripada jangkitan yang dialaminya, selain beri ruang kepada keluarganya untuk menjaga dia,” katanya.

Terdahulu, teman baik Nad, Aina Liza, menerusi satu perkongsian di Instagram, memohon orang ramai mendoakan kesembuhan pelakon itu yang bertarung nyawa di ICU sejak kelmarin.

Dalam pada itu, Shahrulezad juga mengakui terkejut dan khuatir apabila mula-mula dimaklumkan tentang berita tersebut.

“Maklumat yang saya terima agak terhad. Apa yang saya difahamkan, dia berasa tidak sihat sewaktu mengikuti penggambaran drama terbarunya sebelum dibawa ke hospital menaiki ambulans.

“Tetapi, saya sedikit lega apabila mendapat tahu keadaanya kini stabil meskipun masih ditempatkan di ICU.

“Buat masa ini, saya tidak menghubungi keluarganya kerana tidak mahu menambah tekanan dengan soalan tentang Nad. Kita doakan sahaja dia,” katanya lagi.

Sementara itu, Ungku Ismail menerusi Instagramnya juga memohon agar orang ramai mendoakan pelakon itu.

“Saya mohon doa semua kepada Nad yang masih dirawat di ICU kerana jangkitan paru-paru.

“Beberapa prosedur telah dilakukan dan keadaannya stabil menurut doktor.

“Bagaimanapun, dia benar-benar tidak sihat. Mohon doa yang semua,” maklumnya di Instagram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya