Doakan kebaikan untuk Pahang - Tuan Ibrahim

Doakan kebaikan untuk Pahang – Tuan Ibrahim

TUAN IBRAHIM Tuan Man (tengah) bersama Wan Rosdy Wan Ismail (tiga dari kanan) mengadakan rundingan bagi membentuk kerajaan Pahang yang tergantung kerana tiada satu parti memperoleh majoriti mudah. - IHSAN FACEBOOK TUAN IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man meminta rakyat mendoakan kebaikan negeri ini dipercayai berkaitan soal pembentukan kerajaan Pahang yang ketika ini masih tergantung. 

“Doakan kebaikan untuk negeri Pahang, insya-Allah,” tulis Tuan Ibrahim dalam laman Facebooknya.

Perikatan Nasional (PN) Pahang melantik Tuan Ibrahim bagi mengetuai rundingan membentuk kerajaan negeri.

Pengerusi PN Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan sebagai berkata, PN Pahang akan meneruskan rundingan bagi membentuk kerajaan negeri seberapa segera.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), PN Pahang menang tujuh kerusi Parlimen dan 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanapun, Pahang masih dalam keadaan tergantung apabila Barisan Nasional (BN) menang 16 kerusi DUN dan lapan Pakatan Harapan (PH).

Difahamkan, BN turut mengadakan rundingan dengan PH bagi membentuk kerajaan negeri sebagaimana di Perak.

Bagaimanapun sehingga kini, belum ada pengumuman rasmi oleh Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berhubung kerjasama tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.