DAP Perak dakwa kerjasama PH, BN bentuk kerajaan negeri 

DAP Perak dakwa kerjasama PH, BN bentuk kerajaan negeri 

KENYATAAN kepada media yang tular berkaitan kerjasama antara BN dan PH bagi pembentukan Kerajaan Negeri Perak. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: DAP Perak mendakwa memiliki jumlah kerusi yang cukup untuk membentuk Kerajaan Negeri Perak.

Menerusi satu kenyataan kepada media, DAP Perak mendakwa, pembentukan kerajaan negeri yang baharu itu melibatkan kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Bagaimanapun, katanya, maklumat terperinci berkaitan kerjasama itu akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

“BN dan PH secara bersama memenangi 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Perak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

“Demi kepentingan rakyat dan negara, BN dan PH Perak telah bersetuju untuk membentuk kerajaan negeri,” kata kenyataan itu.

Setakat ini, tiada sebarang pengesahan daripada pimpinan BN dan PH Perak berkaitan perkara itu.

Terdahulu, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP, Howard Lee Cuan How dilihat hadir ke Bangunan UMNO Perak di Jalan Sultan Nazrin Shah di sini.

Ahli Parlimen Ipoh Timor itu tiba sekitar pukul 10.30 pagi.

Kerajaan Negeri Perak belum boleh dibentuk ekoran tiada mana-mana parti memperoleh majoriti mudah pada pilihan raya, Sabtu lalu.

PRU15 menyaksikan Perikatan Nasional (PN) memenangi kerusi terbanyak dengan 26 kerusi manakala PH pula 24 kerusi dan sembilan kerusi dimenangi BN.

BN yang memenangi kerusi DUN paling sedikit itu disebut sebagai ‘king maker’ dalam pembentukan kerajaan di negeri ini. 

Dalam pada itu, petugas media kini  sedang berkumpul di pekarangan Istana Kinta di sini berikutan bekas menteri besar, Datuk Seri Saarani Mohamad dijangka mengadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah tengah hari ini.

Sembah menghadap itu dipercayai berkaitan urusan pembentukan kerajaan negeri di Perak selepas PRU15. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya