Dakwaan undi awal tak patut timbul

Dakwaan undi awal tak patut timbul

PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melekatkan panduan mengundi sebagai persiapan proses undi awal di Balai Polis Kempas, Taman Putra, Kempas Johor Bahru, Johor. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Dakwaan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) kononnya ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) tidak sepatutnya timbul.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, semua kertas undi pos mula dikeluarkan pada 7 November lalu.

Malah, katanya, ejen-ejen calon telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos.

“Kenyataan ini merujuk kepada dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ada anggota tentera khususnya dalam kawasan Parlimen Bera sudah mengundi untuk Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Sepertimana dimaklumkan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jeneral Tan Sri Affendi Buang, proses membuang undi bagi anggota tentera yang didaftarkan sebagai pengundi pos telah bermula 7 November lalu.

“Semua kertas undi POS mula dikeluarkan pada hari Isnin iaitu pada 7 November 2022. Malah, ejen-ejen calon telah dimaklumkan oleh setiap Pegawai Pengurus Pilihan Raya mengenai tarikh pengeluaran undi pos,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Wan Junaidi berkata, dakwaan Anwar itu tidak sepatutnya timbul kerana ini adalah proses biasa dalam semua pilihan raya sama ada pilihan raya kecil (PRK) atau pilihan raya umum (PRU).

“Terpulang kepada individu yang berdaftar dan menerima kertas undi pos. Apa yang penting, kertas undi pos perlu sampai ke Pejabat Pegawai Pengurus berkaitan sebelum pukul 5 petang pada hari pengundian 19 November 2022,” katanya.

Sebelum ini, Anwar mendakwa anggota tentera dibayar RM300 untuk undi awal. Calon Parlimen Tambun itu mendakwa, berlaku pengundian awal membabitkan anggota tentera di Bera selain menegaskan mempunyai bukti kukuh mengenai perkara itu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya