Dakwaan Rafizi dalam isu projek tebatan banjir dirujuk SPRM

Dakwaan Rafizi dalam isu projek tebatan banjir dirujuk SPRM

RAFIZI RAMLI (kiri) dan TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Laporan polis berhubung isu fitnah membabitkan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli terhadap Menteri Alam Sekitar dan Air, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man dirujuk kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan lanjut.

Laporan polis itu difahamkan telah dibuat oleh Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (Ummah) Mohd. Zai Mustafa di Balai Dang Wangi, di sini, pada 11 November lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, pihaknya telah menerima laporan berhubung kes berkenaan.

“Kita sahkan telah terima laporan itu dan ia dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air menuntut Rafizi mengemukakan permohonan maaf berhubung isu kelulusan projek rancangan tebatan banjir secara rundingan terus selepas pembubaran Parlimen.

Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Parlimen Pandan itu juga dituntut mencadangkan jumlah ganti rugi yang munasabah kepada Tuan Ibrahim.

Rafizi sebelum ini mendedahkan, projek tebatan banjir berkenaan sebenarnya sudah diluluskan secara rundingan terus kepada sebuah syarikat kontraktor menerusi surat bertarikh 7 Oktober 2022.

Jelasnya, surat bertajuk ‘Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Langat Fasa 2, Selangor’ itu dihantar oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Asri Hamidon kepada Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang.

Rafizi turut menegaskan akan melaporkan skandal berkenaan kepada pihak polis serta SPRM jika PH menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya