Cuma banjir kilat, tiada penduduk dipindahkan

Cuma banjir kilat, tiada penduduk dipindahkan

TANGKAP layar Taman Seroja ditenggelami air.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Hujan lebat kira-kira pukul 2 petang tadi mengakibatkan sejumlah jalan di Taman Seroja, Bandar Baru Salak Tinggi di sini mengalami banjir kilat.

Bagaimanapun tiada penduduk di kawasan perumahan yang berusia hampir 30 tahun itu dipindahkan ke pusat penempatan sementara kerana situasi tidak serius.

Menurut Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Seroja, Azmi Mat Yasin, paras air yang naik mendadak selepas hampir sejam hujan sudah kembali surut.

“Keadaan kembali terkawal dan saya boleh mengesahkan tiada penduduk yang dipindahkan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia mengulas video tular berdurasi 36 saat dikongsi ramai pengguna aplikasi Whatsapp yang memaparkan Taman Seroja ditenggelami air.

Mengulas lanjut, Azmi menambah, beliau sudah berhubung dengan beberapa penduduk dan mereka mengesahkan situasi banjir kilat kali ini agak terkawal. Saya bersyukur tiada mangsa yang kena pindah dan air banjir juga turun cepat dengan sekadar melimpah di jalan utama sahaja,” katanya.

Sementara itu, Jawatankuasa Bencana Daerah Sepang yang dihubungi turut mengesahkan tiada laporan diterima mengenai banjir di situ, sebaliknya keadaan terkawal namun mereka tetap memantau sebarang perkembangan terkini jika ada kawasan yang teruk ditenggelami air. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.