Calon tidak dapat duduki UPKK boleh kemuka rayuan 

Calon tidak dapat duduki UPKK boleh kemuka rayuan 

UJIAN UPKK diadakan pada 28 November hingga 1 Disember ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 yang terkesan dan tidak boleh menduduki ujian itu pada 28 November hingga 1 Disember ini boleh mengemukakan rayuan masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya memahami kekangan dan maklum balas ibu bapa mengenai ujian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mahu ibu bapa mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama di negeri masing-masing) sebelum 15 November ini.

“Keputusan rayuan akan dimaklumkan Agensi Pelaksana kepada calon-calon yang berkenaan sahaja.

 “Jakim sentiasa prihatin dengan keputusan yang ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak terhadap keadilan kepada semua calon UPKK Tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, Jakim memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan  UPKK bagi memberi ruang persediaan dan pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang sepatutnya berlangsung pada 14 hingga 17 November ini.

Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) bermula pada 28 November bagi subjek Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah), Sirah Jawi Dan Khat (29 November), Adab (30 November) dan Lughah Al-Quran (1 Disember). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya