Calon BN Parlimen Bukit Bendera mungkin diganti nama lain - Utusan Malaysia

Calon BN Parlimen Bukit Bendera mungkin diganti nama lain

CALON BN daripada PCM bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera mungkin akan digantikan dengan calon lain.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Parti Cinta Malaysia (PCM) mengesahkan calon Barisan Nasional (BN) daripada parti itu bagi kerusi Parlimen Bukit Bendera mungkin akan digantikan dengan calon lain.

Presiden PCM, Datuk Huan Cheng Guan berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan mengenai pertukaran calon bagi mewakili BN di kerusi berkenaan.

”Kita sudah adakan perbincangan, kemungkinan besar calon di kerusi Parlimen Bukit Bendera akan digantikan dengan calon lain.

”Kita telah melaksanakan tapisan-tapisan bagi calon sesuai dan calon yang bakal mewakili kita nanti adalah anak tempatan Pulau Pinang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, BN mengumumkan Razalif Mohd. Zain daripada PCM sebagai calon mewakili parti itu di kerusi Parlimen Bukit Bendera.

Bagaimanapun, sejak awal pagi ini timbul desas-desus mengenai kemungkinan pencalonan Razalif bagi mewakili BN di kerusi berkenaan dibatalkan serta diganti dengan calon lain.

Cheng Guan berkata, beliau akan mengumumkan calon baharu bagi kerusi berkenaan hari ini.

”Saya sendiri akan buat pengumuman menerusi kenyataan mengenai calon baharu nanti,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya