Bina terminal baharu feri ke Langkawi - Utusan Malaysia

Bina terminal baharu feri ke Langkawi

KERJA-KERJA pengerukan di alur pelayaran dan lembangan Terminal Feri Penumpang Kuala Perlis, Perlis.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Pembinaan terminal baharu feri di Kuala Perlis dan Kuala Kedah dijangka mampu menyelesaikan masalah perjalanan feri yang membelenggu penduduk tempatan dan pelancong.

Tinjauan Utusan Malaysia di sekitar pulau pelancongan itu mendapati, rata-rata penduduk mahukan kemudahan tersebut dibina di tempat bersesuaian yang tidak perlu bergantung kepada pasang surut paras air laut.

Seorang penduduk, Mohd. Azhar Saidan, 37, berkata, sudah tiba masanya terminal feri di Kuala Kedah dan Kuala Perlis dinaik taraf seperti yang dilakukan terhadap Terminal Feri Langkawi, sebelum ini.

“Di Langkawi walaupun air laut surut, tetapi feri masih boleh berlayar kerana terminalnya telah dianjakkan ke tengah laut.

“Fasiliti di terminal tersebut juga lebih baik di mana ada ruang menunggu yang besar, tempat letak kereta dan kedai-kedai yang memudahkan penumpang sementara menunggu waktu berlayar,” katanya ketika ditemui di sini.

Bagi Mastura Ahmad, 24, pula, mereka hanya mampu bersabar sepanjang isu feri berlaku memandangkan ia satu-sa­tunya perkhidmatan yang mereka bergantung untuk ke tanah besar termasuk ketika berlaku kecemasan.

“Terminal feri sedia ada di Kuala Kedah dan Kuala Perlis perlu dipindahkan ke kawasan yang lebih sesuai. Kami bergantung sepenuhnya kepada feri untuk keluar ke tanah besar.

“Kerajaan perlu ambil serius keadaan ini kerana isu ini sudah terlalu lama sehingga mengganggu urusan penduduk,” jelas­nya.

Seorang pelancong dari Kulim, Nur Izatun Nafhirah Shaari, 29, berkata, pembinaan terminal baharu feri adalah sejajar dengan keperluan pelancong untuk ke Langkawi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya