Beri ruang Zamani berehat - Aznil

Beri ruang Zamani berehat – Aznil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Semalam, isteri Zamani, Juliana Abd. Rani ada menghubungi maklumkan penyanyi itu telah selamat menjalani pembedahan.

“Saya ada kongsikan di Instagram berhubung panggilan telefon itu. Tetapi, hari ini, saya belum mendapat apa-apa perkembangan terkini dan saya pun tidak mahu mengganggu mereka,” kata pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi.

Pengacara yang mesra disapa Pak Nil itu berkata, dia enggan terlalu kerap menghubungi isteri yang juga pengurus Zamani kerana perlu menghormati privasi mereka.

“Bimbang pula mengganggu jika kerap bertanyakan perkembangan Zamani. Mereka perlukan rehat dan kita kena hormati. Insya-Allah, jika ada perkembangan terkini pasti saya akan kongsi,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Kelmarin, penyanyi itu selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang di sebuah pusat perubatan di Cheras. Difahamkan, prosedur itu mengambil masa sekitar tujuh jam.

Sementara itu, Juliana dalam satu perkongsian di media sosial, semalam memaklumkan, Zamani telah dipindahkan ke wad biasa.

Dalam pada itu, Juliana dalam kenyataan kepada sebuah portal hiburan, memaklumkan dia dan keluarga belum bersedia menerima kunjungan tetamu  kerana ingin memberi waktu kepada suaminya mendapatkan rehat yang cukup.

Juliana juga berharap semua pihak dapat memahami keadaan tersebut.

Aznil sebelum ini, berjaya mengumpul dana melebihi RM100,000 dalam tempoh lebih 24 jam hasil sumbangan orang ramai untuk digunakan bagi membiayai kos pembedahan penyanyi itu yang menderita penyakit tulang belakang atau skoliosis.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya