Belanjawan Johor 2023 sedia pelbagai manfaat - Onn Hafiz

Belanjawan Johor 2023 sedia pelbagai manfaat – Onn Hafiz

Onn Hafiz Ghazi yang dilantik sebagai Menteri Besar Johor Mac lalu akan membentangkan belanjawan negeri esok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JHOR BAHRU: Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi menjanjikan Belanjawan Johor 2023 akan menyediakan pelbagai insentif yang memberi manfaat dan kesejahteraan kepada rakyat negeri ini.

Menurut beliau, belanjawan itu akan dibentangkan dalam sesi Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bermula pukul 9.30 pagi, esok.

“Insya-Allah pelbagai insentif menarik menanti Bangsa Johor. Sama-samalah kita doakan kelancaran pembentangan belanjawan kerajaan negeri ini, demi kesejahteraan Bangsa Johor,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Belanjawan Johor 2023 merupakan belanjawan pertama bagi Onn Hafiz selaku Menteri Besar Johor setelah mendapat mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN), Mac lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya