Bangunan Guna Sama Persekutuan jika menang PRU15

Bangunan Guna Sama Persekutuan jika menang PRU15

AHMAD MASLAN (kanan) bermesra dengan para peniaga ketika mengadakan Tinjauan Mesra di Pasar Malam Pontian, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PONTIAN: Harapan penduduk Pontian untuk mempunyai Bangunan Guna Sama Persekutuan (BGSP) seperti di daerah Batu Pahat dan Kluang akan direalisasikan sekiranya Barisan NasionaL (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Calon yang juga penyandang kerusi Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bangunan Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian yang sekian lama terbiar boleh dicadang untuk dibangunkan sebagai BGSP.

Beliau memahami permintaan penduduk Pontian supaya lebih banyak agensi dan jabatan Kerajaan Persekutuan seperti pejabat cawangan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Pejabat Buruh, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berada di dalam sebuah bangunan bagi memudahkan urusan mereka.

“Tentunya sebagai penyandang kerusi Parlimen, saya mengetahui keluhan mereka yang terpaksa ke Johor Bahru, Batu Pahat dan Kluang bagi mendapatkan perkhidmatan tersebut.

“Begitu juga peniaga dan usahawan kecil yang ingin memulakan perniagaan memerlukan perkhidmatan pendaftaran perniagaan dengan lebih mudah dan cepat,” katanya ketika ditemui selepas melakukan Tinjauan Mesra di Pasar Malam Bandar Pontian, di sini.

Ahmad yang mempertahan kerusi Parlimen Pontian bagi penggal keempat dicabar oleh Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Pontian, Datuk Isa Ab. Hamid, calon Pakatan Harapan (PH), Shazwan Dzainal Abidin dan calon Gerakan Tanah Air (GTA), Jamaludin Mohamad.

Beliau yang juga Setiausaha Agung UMNO berkata, selain itu, beberapa projek pembangunan yang boleh menjana dan memacu pertumbuhan ekonomi di Pontian juga akan dicadangkan.

“Cadangan lain membina Pusat Perubatan Rawatan Islam di tanah milik Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) di Jalan Parit Masjid, pembesaran jalan Persekutuan dari Pontian ke Tampok dan pembinaan Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Ibnu Khaldun.

“Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) di Pulai Sebatang akan dipulihkan semula bagi memberikan peluang kepada golongan belia mengikuti bidang kemahiran selain penubuhan Kolej Komuniti Pontian di Benut,” katanya.

Ditanya apakah akan berlaku ‘tsunami politik’ di Parlimen Pontian seperti PRU14 kerana beliau hanya menenanginya dengan majoriti tipis, iaitu 833 undi, Ahmad yakin keadaan seperti itu tidak berulang pada PRU15.

Semasa PRU14, pengundi terpedaya dengan janji-janji palsu yang dicipta oleh PH selain fitnah dan tohmahan yang dilemparkan terhadap BN dan UMNO. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya