Azzam Sham timang anak perempuan - Utusan Malaysia

Azzam Sham timang anak perempuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Impian penyanyi, Azzam Sham untuk bergelar bapa menjadi kenyataan apabila dikurniakan cahaya mata sulung, malam kelmarin.

Bayi perempuan seberat 2.89 kilogram itu dilahirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.

Azzam, 25, yang mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Sheryl Shazwanie, 23, pada 1 Januari lalu berkongsi berita gembira itu di Instagram.

“27.11.2022, 9.45 pm. Alhamdulillah @sherylshazwanie selamat melahirkan anak sulung kami.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan,” ujarnya.

Pada masa sama, Sheryl turut berkongsi sebuah rakaman menunjukkan Azzam yang amat gembira sambil memegang bayi mereka.

Azzam sebelum ini, merahsiakan kehamilan isterinya atas nasihat keluarga.

“Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Mendengar tangisan bayi sebaik dilahirkan adalah pengalaman yang tidak dapat saya lupakan,” katanya.

Pasangan itu terlebih dahulu mengikat tali pertunangan pada September tahun lalu, sebelum disatukan sebagai suami isteri pada 1 Januari lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN