Azimah layak dapat fi lesen percuma - JPJ

Azimah layak dapat fi lesen percuma – JPJ

EBIT Lew mengucup dahi Nurainul Zahirah Rashidi,6, selepas menghadiahkan Perodua Viva kepada ibu kanak-kanak OKU itu, Azimah Abd. Rahim.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menawarkan pengecualian fi lesen kenderaan motor (LKM) percuma kepada ibu tunggal Azimah Abd Rahim, 37, yang kisahnya didedahkan Utusan Malaysia baru-baru ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, ibu tunggal itu layak mendapat LKM percuma kerana ibu kepada seorang anak orang kelainan upaya (OKU) dan golongan B40.

Beliau berkata, semakan mendapati, Azimah masih belum menikmati inisiatif pengecualian fi LKM yang diberikan kerajaan untuk membantu golongan tersebut. 

“Berdasarkan semakan JPJ, Azimah memenuhi kriteria yang ditetapkan dan layak untuk menikmati keistimewaan pengecualian fi LKM.

“Kami akan menyantuni Azimah dan keluarga bagi membantunya memohon dan mendapatkan LKM dengan diberi pengecualian fi LKM,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini. 

Katanya, JPJ menzahirkan rasa simpati terhadap situasi dan dugaan yang dihadapi Azimah dan keluarga serta menyifatkan beliau sebagai seorang wanita cekal.

Zailani berkata, berdasarkan Bajet 2022, mana-mana individu yang mempunyai anak OKU layak mendapat inisiatif pengecualian fi LKM bagi kenderaan OKU.

Menurutnya,  individu berkenaan sama ada seorang OKU atau ibu bapa/ penjaga/ pasangan suami steri OKU mestilah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan memenuhi kriteria yang ditetapkan.

“Permohonan bagi mendapatkan pengecualian itu sudah dibuka mulai 15 Mac lalu,” katanya.

Baru-baru ini, kisah Azimah bersama anaknya, Nur Ainul Zahirah Rashidi, 6,  tular selepas dia dikatakan membawa bersama anaknya menaiki motosikal bersama ketika bekerja sebagai penghantar pesanan makanan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.