ATM perketat kawalan sempadan pada musim tengkujuh - Utusan Malaysia

ATM perketat kawalan sempadan pada musim tengkujuh

ABU Hasan Assha'ari Kamis@Shaffie (kanan) berbual dengan petugas untuk pengundian awal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas, Kota Bharu hari ini. - UTUSAN/ROSLIZA MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) memperketat kawalan bagi membendung aktiviti penyeludupan di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini sepanjang musim tengkujuh.

Panglima Briged Kelapan Infantri Malaysia, Brigedier Jeneral Datuk Abu Hasan Assha’ari Kamis@Shaffiee berkata, setakat ini seramai hampir 1,000 pegawai dan anggota termasuk dari Batalion Kedua Rejimen Sempadan (2RS) dan Pasukan Gerakan Am (PGA) kekal bertugas mengawal sempadan Malaysia-Thailand.

“Meskipun sudah berlaku banjir di beberapa kawasan, pegawai dan anggota tentera sentiasa menjalankan tugas dan tanggungjawab. Pengawasan di sempadan ketika ini berjalan lancar.

“Tidak boleh dinafikan bahawa kegiatan penyeludupan tetap berlaku pada musim tengkujuh. Mungkin penyeludup menyangka tiada penugasan kawalan sempadan dijalankan ketika ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas meninjau pusat pengundian awal di Kem Desa Pahlawan, Kok Lanas di sini hari ini.

Abu Hasan Assha’ari memberitahu, penugasan kawalan sempadan sentiasa dilakukan terutamanya pada musim tengkujuh kerana jumlah pegawai, anggota dan aset mencukupi untuk sebarang tugasan ketika ini.

Dalam perkembangan lain, Abu Hasan Abu Hasan Assha’ari berkata, pengundian awal melibatkan pegawai dan anggota ATM di negeri ini sudah hampir 98 peratus sehingga pukul 4 petang tadi.

Katanya, pengundian awal itu melibatkan empat pos iaitu Kem Desa Pahlawan di sini, Kem Pengkalan Chepa (Kota Bharu) Batu 11 (Tanah Merah) dan Batu Melintang (Jeli).

“Jumlah pengundi awal melibatkan tentera darat adalah seramai 4,200 orang di negeri ini,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.