Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH

Anwar pengerusikan mesyuarat Majlis Presiden PH

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim petang ini mempengerusikan mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang pertama selepas beliau dilantik sebagai Perdana Menteri pada 24 November lalu.

Dipercayai mesyuarat di Ibu Pejabat PKR di sini itu diadakan bagi membincangkan berkenaan pembentukan Kabinet dalam kerajaan perpaduan.

Selain Anwar, Majlis Presiden PH dianggotai Presiden Parti Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke serta wakil Pertubuhan Progresif Kinabalu Bersatu (UPKO).

Setakat ini, kerajaan perpaduan pimpinan Anwar disertai PH yang mempunyai 82 kerusi dan diikuti Barisan Nasional (30), Gabungan Parti Sarawak (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) dengan keseluruhan kekuatan kini hampir mencecah dua pertiga ahli Parlimen. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya