Annuar restu Marzuani tanding di Ketereh

Annuar restu Marzuani tanding di Ketereh

ANNUAR Musa (dua kanan) memberi sokongan kepada Marzuani Ardilla Ariffin yang menggantikannya bagi mempertahankan kerusi Parlimen Ketereh dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15)..
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tan Sri Annuar Musa yang digugurkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) menunjukkan ‘jiwa besar’ apabila merestui Marzuani Ardila Ariffin yang  dipilih pucuk pimpinan parti itu untuk mengisi borang pencalonan bagi bertanding di kerusi Parlimen Ketereh.

Annuar menerusi satu hantaran di laman sosial Facebook miliknya hari ini berkata, beliau sentiasa konsisten dengan pendirian supaya Ketua Puteri UMNO Bahagian Ketereh itu meneruskan dan menerima keputusan pucuk pimpinan parti.

“Pagi ini, anaknda saya Marzuani Ardilla Ariffin  tanya saya lagi, apa harus dia buat kerana hari ini hari mengisi borang pencalonan. Jawapan saya konsisten, teruskanlah seperti biasa. Beliau nak jumpa saya pagi ini, saya katakan ‘sempurnakan semua urusan dulu’. 

“Sewaktu dipanggil ke majlis pengumuman pun sama, beliau minta keputusan saya. Jawapan saya sama juga ‘pergilah dan terimalah, Alhamdullillah Ketereh tenang’,” katanya.

Annuar yang juga Ketua UMNO Bahagian Ketereh turut meminta kepada semua jentera parti supaya tidak menutup bilik gerakan atau patah semangat.

Katanya, semua pihak perlu mengikuti perkembangan dengan tenang dan jangan sesekali melebarkan perpecahan terutama dalam kalangan rakan seperjuangan dan umat Islam.

“Begitu juga pesan pada semua petugas pilihan raya, jangan gelabah, jangan tutup bilik gerakan, jangan cepat patah semangat. Setiap perbuatan mesti didahulukan dengan berfikir panjang. 

“Ada kala kita di salahertikan, ada kala kita difitnah dengan fitnah yang memilukan. Namun,kekallah pada kebenaran dan kejujuran. Insya-Allah ada hikmah di belakang dan ganjaran di hari kemudian,” katanya.

Nama Annuar sah digugurkan daripada mempertahan kerusi Parlimen Ketereh selepas Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menamakan Marzuani Ardila di kerusi tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya