Abdul Hadi, Peja ke rumah Muhyiddin - Utusan Malaysia

Abdul Hadi, Peja ke rumah Muhyiddin

AHMAD Faizal Azumu bersama isteri, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi memasuki ke kawasan perumahan Muhyiddin Yassin di Bukit Damansara. - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang antara yang dilihat memasuki kediaman Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi ini.

Kenderaan membawa Abdul Hadi masuk kira-kira pukul 9.50 pagi.

Selepas 15 minit, kenderaan Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pula memasuki kediaman calon Perdana Menteri PN itu.

Ahmad Faizal diiringi isterinya, Datin Seri Dr. Nomee Ashikin Mohammed Radzi.

Penyandang Parlimen Tambun itu mencuit hati ramai apabila menunjukkan gaya Ultraman kepada pengamal media yang menunggu di kawasan berkenaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya